Author Guidelines

  1. Penghantaran Manuskrip
    1. Kirim e-mel/surat kepada Penerbit Universiti Malaya untuk pertimbangan menerbitkan manuskrip berserta manuskrip dalam bentuk salinan lembut (soft copy).
    2. Boleh juga datang sendiri ke Penerbit Universiti Malaya dengan membawa bersama manuskrip.
    3. Lampirkan manuskrip lengkap dan muktamad. Bukan dalam bentuk draf atau proposal.
    4. Manuskrip juga boleh dihantar secara pos dalam salinan bercetak dengan surat iringan.
    5. Manuskrip dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
    6. Tidak ada had dari segi ketebalan tetapi hendaklah sekurang-kurangnya melebihi 100 halaman.
    7. Manuskrip dalam format MS Word.
    8. Saiz teks 12 point, langkau 2 baris.
    9. Jadual/Rajah/gambar hendaklah disenaraikan atau disertakan dalam fail berasingan.
    10. Boleh hubungi En. Shaaban Mustapa (03-79574361 / shaaban@um.edu.my atau En. Devaraj P. Thangaraju (03-79574361 / devarajt@um.edu.my) untuk maklumat lanjut.

 

  1. Penilaian Manuskrip
    1. Setiap Manuskrip Ilmiah dinilai pada dua peringkat, iaitu Penilaian Dalaman (Jawatankuasa Editorial) dan Penilaian Luaran (Pakar Bidang)
    2. Penilaian dalaman menilai dari aspek editorial manakala Penilaian Luaran menilai dari aspek kandungan.
    3. Manuskrip Manuskrip  Umum melalui Penilai Dalaman; dan jika perlu, Penilaian Luaran
    4. Mesyuarat Jawatankuasa Editorial diadakan secara bulanan untuk mengkaji dan membincangkan kesesuaian manuskrip.
    5. Penilai Pakar Bidang biasanya diberikan tempoh 6-10 minggu untuk menyiapkan Laporan Penilaian

 

  1. Keputusan Penerbitan
    1. Bagi Manuskrip Ilmiah, keputusan penerbitan dibuat selepas meneliti Laporan Penilaian Pakar Bidang. Penerbit UM menggunakan Laporan Penilaian pakar-pakar bidang sebagai panduan untuk membuat keputusan.
    2. Bagi Manuskrip  Umum, keputusan penerbitan dibuat pada peringkat Jawatankuasa Editorial (melainkan jika Jawatankuasa memutuskan manuskrip perlu dinilai oleh Pakar Bidang, keputusan penerbitan dibuat selepas menerima Laporan Penerbitan)

 

 

  1. Proses Penerbitan
    1. Setiap manuskrip akan disunting dan diatur huruf
    2. Manuskrip yang diatur huruf disebut Pruf. Pruf biasanya disemak dua kali, dengan pengarang diberikan peluang untuk melakukan semakan sekali.
    3. Rekaan kulit buku dan hal teknikal lain diselenggarakan sepenuhnya oleh Penerbit UM
    4. Tempoh penyuntingan hingga penerbitan buku biasanya mengambil tempoh antara 3 hingga 6 bulan. Walaupun begitu, ada juga manuskrip memerlukan masa lebih lama daripada enam bulan.

 

Hak Pengarang

  1. Surat perjanjian ditandatangani antara Penerbit-Pengarang. Di dalamnya terkandung terma dan syarat yang perlu dipatuhi termasuk soal hak cipta.
  2. Pengarang diberikan bayaran royalti mengikut setiap naskhah buku yang terjual.
  3. Pengarang juga mendapat sejumlah naskhah sebagai gratis
  4. Pengarang boleh membeli naskhah tambahan dengan Diskaun Pengarang yang diberikan oleh Penerbit.