Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Hubungan Malaysia Jepun telah berlangsung sejak
beratus-ratus tahun dahulu. Apa yang berlaku
sepanjang hubungan tersebut sehingga kini? Buku ini
memberi jawapannya dengan menggabungkan kajian-kajian
berkaitan hubungan antara kedua-dua buah negara. Pelbagai
perspektif telah dianalisis dan diterjemah dalam buku yang
bertajuk Malaysia dan Jepun: Perspektif Sejarah, Politik, Ekonomi
& Sosiobudaya.
Buku yang memuatkan sembilan artikel ini
adalah kombinasi kajian oleh pakar-pakar pengajian Jepun
dari Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah, Universiti
Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan. Bab
pertama hingga ketiga membincangkan perspektif sejarah
perhubungan kedua-dua buah negara yang bermula dari
migrasi nelayan Ryukyu ke Tanah Melayu, imigran Jepun
di Sabah tahun 1880-1942 dan kesan pendudukan Jepun
di Tanah Melayu kepada kesedaran nasionalisme dalam
kalangan orang Melayu. Bab keempat adalah dari perspektif
sosiobudaya yang mengangkat tema difusi budaya popular
Jepun di Malaysia. Manakala bab kelima hingga terakhir
bertemakan politik dan ekonomi. Bab kelima mendedahkan
tentang jatuh bangun parti politik pemerintah Jepun yang
boleh dijadikan pengajaran kepada Malaysia. Bab keenam
tentang Bantuan Pembangunan Rasmi Jepun (ODA), bab
ketujuh tentang eksport Malaysia ke Jepun 1980-2105, bab
kelapan berkenaan peranan Malaysia dan Jepun dalam
proses regionalisme Asia Timur dan bab terakhir berkaitan
Keselamatan Insan dan dasar luar Jepun yang menjadikan
kajian kes Grant Assistance for Grass-Roots Human Security
Projects di Sabah. Buku ini sarat dengan maklumat terkini,
dianalisis secara kritikal dan diolah dalam bahasa yang mudah
difahami. Diharapkan dengan penerbitan buku ini dapat
dijadikan rujukan penting dan menambah pemahaman
kepada mereka yang dahagakan pengetahuan terutamanya
dalam hubungan Malaysia-Jepun.


Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-60 Hubungan Diplomatik
Malaysia-Jepun – 1957-2017

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: