Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Jenayah Keganasan Rumah Tangga merupakan se-buah buku yang cuba memberikan gambaran tentang isu keganasan rumah tangga yang semakin hangat diper-katakan dewasa ini. Kandungan buku ini adalah mengikut urutan mangsa keganasan rumah tangga bermula dengan isteri, suami dan juga kanak-kanak. Bagi setiap kategori mangsa penderaan rumah tangga, undang-undang yang memperuntukkan perlindungan kepada mangsa-mangsa berkenaan akan di-bincangkan di dalam setiap bab berikutnya. Perbincangan juga dibuat tentang undang-undang yang terdapat di Malaysia seperti Kanun Keseksaan, Akta Keganasan Rumahtangga 1994, Akta Kanak-Kanak 2001 dan beberapa akta lain. Di samping itu remedi-remedi utama kepada mangsa seperti Perintah Perlindungan Interim, Perintah Perlindungan dan Hak Penghunian Eksklusif juga dibincangkan. Buku ini sesuai untuk dijadikan bahan rujukan oleh semua pihak sama ada pelajar undang-undang atau masyarakat secara keseluruhan untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan jenayah keganasan rumah tangga.

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: