Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

BIOMOLEKUL yang terdapat dalam sel biasanya dibahagikan kepada kelas tertentu berdasarkan kepada peranannya dalam metabolisme dan mengikut kumpulan berfungsi jika dikaji dari segi kimia. Buku Biomolekul:Suatu Pengenalan ini ditulis dari perspektif kimia bagi mendedahkan pelajar, khususnya yang cenderung dalam bidang kimia organik kepada empat jenis sebatian utama yang dikelaskan sebagai molekul. Sebatian-sebatian tersebut ialah karbohidrat, lipid, protein dan asid nukleik. 
 : : : Secara umumnya buku ini merangkumi perbincangan tentang biomolekul, yang dimasukkan dalam sukatan pelajaran kebanyakkan kursus kimia pada peringkat Ijazah Pertama. Buku ini mengandungi enam bab. Soalan-soalan dimuatkan pada akhir setiap bab bagi tujuan menguji kefahaman. 
 : : : Selain daripada memenuhi keperluan pelajar sains aliran kimia, buku ini sesuai digunakan oleh pelajar aliran biokimia dan biologi, khasnya bagi mereka yang ingin mengetahui biomolekul dari perspektif kimia. Kajian tentang biomolekul kini menjadi semakin penting disebabkan oleh pertindihan bidang kimia organik dengan biomolekul dan kimia bioorganic.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: