Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Kedudukan kaum Melayu dalam dunia keusahawanan masih ketinggalan berbanding kaum lain walaupun pelbagai polisi diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu mereka. Persekitaran sosioekonomi yang pantas berubah, memerlukan polisi pembangunan ekonomi Melayu yang lebih selektif dan terfokus. Segala permasalahan yang menjadi kekangan kepada usaha peningkatan mereka perlu dianalisis secara mendalam. Melalui pendedahan maklumat secara konsisten itu akan menjadi input kepada polisi nasional dalam proses pembentukan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera(MPPB)yang berdaya saing. Kurangnya sumber akademik dan bukti empirikal kedudukan ekonomi kaum Melayu, menjadikan buku ini sebagai manfaat berguna kepada pelbagai pihak yang terlibat dalam pembangunan perusahaan kecil sekali gus melakukan anjakan paradigma. Dalam masa sama, memberikan input penting kepada penggubal polisi dalam usaha mentransformasikan usahawan Melayu.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: