Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

KANDUNGAN buku Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi ini disusun mengikut kronologi isu dan topik supaya para pembaca dapat memahami dengan mudah segala dasar dan proses perkembangan ekonomi negara. Kaedah perbincangan dan analisis dalam buku ini condong kepada pendekatan evolusi dengan melihat ekonomi Malaysia daripada perspektif sejarah. Ini berikutan pengaruh penjajah British yang meletakkan asas dan struktur ekonomi nagara telah meninggalkan corak dan haluan ekonomi nagara sebahagian besarnya mirip polisi tinggalan penjajah. Kerajaan mula campur tangan dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970. Terdapat perbezaan nyata antara pendekatan penjajah dan kerajaan Malaysia dalam menangani isu keadilan ekonomi, kemiskinan, pendidikan, kesihatan dan pembangunan sosioekonomi. Perbincangan dalam buku in bermula dengan meneroka perkara pokok dalam dasar kerajaan yang di antaranya boleh dilihat berdasarkan pendekatan perancangan ekonomi dan belanjawan negara. Aspek-aspek lain seperti sektor pertanian, perindustrian, industir kecil dan sederhana, pelaburan asing dan teknologi, perkhidmatan, perdagangan antarabangsa, sistem kewangan dan guna tenaga dibincangkan dengan lebih mendalam. Selain itu, isu alam sekitar turut mendapat perhatian. Kefahaman dalam semua isu dan topik yang diutarakan dalam buku ini akan membantu warga Malaysia bersama-sama memainkan peranan proaktif dalam menghadapi era globalisasi pada alaf mendatang.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: