Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Kerancakan pembangunan ekonomi Johor, khususnya selepas pelancaran Projek Pembangunan Iskandar Malaysia hampir sedekad lalu telah menampakkan pelbagai kesan yang dijangka dan tidak dijangka yang memerlukan penyelesaian yang konkrit. Permasalahan dan cabaran yang berbangkit daripada kepesatan proses pembangunan di Iskandar Malaysia dan juga limpahan di luar wilayah Iskandar Malaysia telah memberi impak besar ke atas pembangunan sosiobudaya dan ekonomi masyarakat majoriti. Kedudukan strategik Johor yang bersebelahan dengan negara ketiga terkaya di dunia, Singapura, menjadikan masyarakat Johor semakin terdedah kepada pelbagai tekanan dan cabaran.
Buku ini cuba menjawab beberapa persoalan utama, antaranya, sejauh manakah pembangunan ekonomi di sesebuah kawasan/wilayah benar-benar memberi pulangan dan manfaat ekonomi kepada masyarakat tempatan. Buku ini turut meninjau peluang pekerjaan yang telah diwujudkan dan diperlukan oleh industri tertentu (sama ada industri utama atau sokongan) dalam sesebuah kawasan pembangunan ekonomi yang pesat di seluruh Johor, dan di luar Iskandar Malaysia.
Buku ini dibahagikan kepada tujuh bab. Setiap bab membincangkan isu dan cabaran yang berbeza, tetapi saling berkait dalam mengupas pelbagai persoalan yang mempunyai impak demografi ke atas kelangsungan masyarakat Melayu di Johor masa kin

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: