Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Penghasilan Disertasi Berkualiti dalam Pendidikan Matematik
dikonseptualisasikan dengan berasaskan pengalaman lebih daripada 30
tahun sebagai penyelia tesis dan disertasi dan pengalaman lebih daripada
15 tahun sebagai pensyarah kursus penyelidikan dalam pendidikan
matematik peringkat sarjana di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Buku ini membekalkan panduan asas tentang aspek penting bagi proses penulisan
disertasi daripada tajuk kajian sehingga kepada lampiran kajian, dengan penekanan
kepada aspek fungsi dan bentuk. Buku ini juga merumuskan standard pelaporan
semasa bagi manuskrip disertasi yang boleh menghasilkan suatu bentuk komunikasi
saintifik yang kukuh, koheren, mudah, elegan, dan berkualiti.
Secara khusus, buku ini membekalkan panduan asas tentang perancangan dan
penulisan manuskrip disertasi. Tumpuannya adalah kepada tujuh bidang utama:
keperluan bagi penyediaan manuskrip disertasi, kandungan dan organisasi
disertasi, gaya penulisan disertasi,standard pelaporan saintifik bagi kajian disertasi,
pengurangan bias dalam komunikasi linguistik, penggunaan unsur grafik dalam teks
secara berkesan, dan format tentang cara untuk membuat rujukan bagi sumber
maklumat yang digunakan.Fokus utama perbincangan dalam buku ini adalah kepada
cara untuk memenuhi standard yang rapi dan kukuh bagi komunikasi saintifik.
Borang penilaian kualiti disediakan bagi setiap bab dalam manuskrip disertasi

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: