Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Perkembangan Profesional Secara Elektronik: Reka bentuk dan Amalan membantu pembaca memahami latar belakang program latihan, keperluan e-CPD dan membincangkan halangan bagi perkembangan profesional guru dalam ICT.  Seterusnya buku ini menyenaraikan reka bentuk program latihan dan mengenal pasti langkah-langkah dalam program latihan secara e-CPD. Selain itu, ia turut menghuraikan program latihan secara e-CPD untuk guru bagi memahami proses reka bentuk e-CPD untuk guru dan membincangkan latihan berasaskan sistem secara pementoran. Selaras dengan itu, ia turut menghuraikan latihan perkembangan profesional guru secara pementoran dan memahami Teori Perantisan Kognitif. Sehubungan itu,
reka bentuk sistem secara pementoran berasaskan ZPD dan  reka bentuk berasaskan pementoran secara e-CPD turut diperincikan. Kandungan buku ini turut membincangkan integrasi komprehensif pembangunan profesionalisme perguruan, mengenal pasti model pelaksanaan latihan kemahiran profesional guru secara e-CPD dan membincangkan pelaksanaan e-CPD.  

Seterusnya, buku ini juga menghuraikan penilaian e-CPD berdasarkan prosedur APA, APS, SISS. Di samping itu, turut membantu dalam memahami kemahiran berfikir secara asas, kritis dan kreatif, membezakan kemahiran berfikir secara asas, kritis dan kreatif dalam penggunaan e-CPD dan mengaplikasikan aspek-aspek kemahiran berfikir secara asas, kritis dan kreatif dalam penggunaan e-CPD. Bagi memastikan pembaca lebih faham dan dapat memanfaatkan kandungan buku ini sepenuhnya rentetan pengalaman dan aplikasi e-CPD turut dihuraikan secara mendalam. Laporan pengalaman guru, kesan penggunaan e-CPD dalam kalangan guru, laporan pengalaman guru dalam multimedia kreatif berasaskan  e-CPD serta aplikasi multimedia kreatif dalam e-CPD. Pengalaman guru dalam proses pembelajaran dalam e-CPD dan  proses pembelajaran dalam e-CPD memantapkan lagi pemahaman pembaca dalam teori dan amalan e-CPD. Di penghujung buku ini, terdapat bahagian yang mencadangkan latihan yang sesuai, menghuraikan infrastruktur yang berkaitan, membincangkan sistem e-CPD yang sesuai  dan memahami faktor budaya yang berkaitan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: