Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Transformasi Pendidikan Teknikal & Vokasional (TVET)
Malaysia membincangkan mengenai kemahiran yang
diperlukan dalam TVET, teori-teori asas berkaitan
kemahiran tersebut, pembangunan kurikulum
yang berkaitan dengan TVET serta struktur TVET di
Malaysia dan beberapa negara maju, cadangan untuk
penambahbaikan TVET serta strategi yang boleh
digunakan bagi TVET seperti bilik darjah berbalik,
pembelajaran kolaboratif, pembelajaran reflektif,
pendekatan penyelesaian masalah dan penilaian.
Keistimewaan buku ini adalah mampu membantu
dalam mentransformasikan Pendidikan Teknikal dan
Vokasional selaras dengan hasrat yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Buku ini sesuai dijadikan panduan bagi
para pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia,
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah,
Pengetua, pensyarah di Institut Pengajian Tinggi dan
Institut Pendidikan Guru, para pelajar Ijazah Sarjana
Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran, serta para
guru di Kolej Vokasional dan sekolah menengah teknik.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: