Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik merupakan buku rujukan dan teks yang digunakan secara meluas oleh pelajar-pelajar muzik di institut pengajian tinggi di Malaysia dan luar negara. Skor dan transkripsi serta maklumat pelbagai muzik dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga menjadi bahan rujukan penting untuk guru-guru sekolah menengah tempatan. Buku ini mengandungi deskripsi beberapa bentuk muzik baru, nota pendengaran dan contoh-contoh muzik tradisional yang dimuatkan dalam dua cakera padat (CD). Ilustrasi dan gambar foto turut disertakan dan boleh juga didapati di laman web http://muzikmalaysia.net. 
    Kebanyakan lagu yang terdapat dalam 2 keping CD merupakan hasil rakaman para etnomuzikologis dan sarjana dalam bidang muzik/tarian/teater semasa kajian lapangan mereka di pelbagai tempat di Malaysia dari tahun 1970-an sehingga lewat 1990-an. Hak penggunaan rakaman muzik adalah dengan kebenaran para penyelidik yang telah tercatat dalam buku ini dan petikan yang digunakan adalah dengan kebenaran mereka. Sebahagian lagu yang terdapat dalam CD tersebut diambil daripada piring hitam lama, 78rpm tahun 1930-an. Terdapat beberapa rakaman muzik baru dalam CD tersebut adalah dengan kebenaran komposernya. 

** Disertakan dengan CD

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: