Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Kajian lalu yang membahaskan isu-isu hubungan etnik sama ada dari sudut politik, ekonomi, sistem kelas, dan sejarah masih kurang berjaya meleraikan konflik hubungan etnik yang berlarutan hingga masa kini. Fokus utama buku ini ialah menganalisis dan menilai punca konflik antara etnik Melayu dengan etnik Cina dalam proses pembinaan negara-bangsa di Malaysia dari sudut baharu, iaitu perspektif peradaban. Ini merujuk kepada dua nilai utama yang terangkum dalam peradaban dan budaya yang dikenali sebagai nilai induk dan rukun teras. Usaha memupuk kesatuan antara etnik Melayu dengan etnik Cina bukanlah sesuatu yang mudah kerana masing-masing lahir dengan mewarisi unsur budaya dan peradaban yang bertembungan. Jurang yang memisahkan hubungan kedua-dua etnik ini mungkin dapat dikurangkan dan kerjasama mampu dipupuk sekiranya semua pihak sedia bertolak ansur serta memahami kedudukan masing-masing menerusi sejarah.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: