Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Sejak tahun 1980-an, kajian identiti menjadi semakin popular dalam dunia akademik.Dalam kajian identiti orang Cina Malaysia, kebanyakan kajian adalah berdasarkan analisis peringkat makro yang memfokuskan struktur sosial dan bukan pelaku sosial. Buku ini ditulis berdasarkan kajian peringkat mikro untuk melihat pengetahuan orang Cina Malaysia tentang identiti mereka dan bagaimanakah mereka membentuknya. Hasil kajian menunjukkan bahawa orang Cina Malaysia sebagai pelaku sosial mempunyai kemampuan dan kreativiti yang tinggi dalam membahaskan pembentukan identiti mereka. Mereka turut mempunyai logik dan cara yang tersendiri bila membincangkan konsep identiti. Pembentukan identiti harian dalam subjektiviti mereka adalah dinamik dan ditentukan oleh sumber pengetahuan, konteks mereka berada dan interaksi dengan pelaku sosial di sekitar mereka. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa konsep identiti yang dicadangkan dalam kajian makro adalah tidak mencukupi untuk memahami identiti orang Cina. Sebab utama ialah orang Cina Malaysia mempunyai perspektif dan rasionaliti yang tersendiri dalam wacana identiti “everyday-defined” mereka.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: