Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Dalam Pilihan Raya Parlimen Turki pada 7 Jun 2015, Adalet ve
Kalkınma Partisi (AKP) atau Parti Keadilan dan Pembangunan
berjaya memperoleh sebanyak 40 peratus undi popular dan kekal
sebagai parti yang mendapat sokongan paling besar. Kemenangan
ini membolehkan parti tersebut diperuntukkan sebanyak 158 kerusi daripada
keseluruhan 550 kerusi dalam parlimen Turki. Walaupun AKP muncul sebagai
parti yang paling tinggi mendapat undi, namun ini tidak mencukupi bagi
pembentukan sebuah kerajaan secara bersendirian dan sekaligus menamatkan
pemerintahan satu parti yang didominasikan oleh parti tersebut sejak tahun
2002. Walau bagaimanapun, tempoh selama 13 tahun AKP memerintah secara
bersendirian telah berjaya merubah landskap politik Turki dan kehidupan sosial
negara tersebut. Ini termasuklah menamatkan penglibatan tentera dalam politik,
membenarkan pemakaian tudung kepala bagi kakitangan kerajaan serta pelajar
universiti dan memacu kemajuan ekonomi ke arah menjadikan Turki negara
maju menjelang tahun 2023. Di bawah pentadbiran AKP beberapa projek mega
telah dilaksanakan, seperti pembinaan landasan kereta api laju, jambatan ketiga
menyeberangi Selat Bosphorus dan lapangan terbang terbesar di dunia. Kejayaan
yang dicapai oleh Turki di bawah kerajaan AKP ini disumbangkan oleh Recep
Tayyip Erdogan yang memulakan karier politiknya dengan menjadi Datuk Bandar
Istanbul di bawah Refah Partisi. Beliau yang seterusnya menjadi Perdana Menteri
(2003 -2014) dan Presiden Turki (2014 - kini), ternyata merupakan tokoh utama
yang berjaya mengemudikan parti dan pemerintahan dalam membawa perubahan
ini. Kebijakan Erdogan dalam melayari gelora dan mencaturkan politik Turki
membolehkannya melepasi cabaran yang menggugat parti dan kepimpinannya.
Ini termasuklah gugatan daripada pihak tentera, cubaan mengharamkan AKP
melalui mahkamah, komplot Ergenekon serta Sledgehammer, cabaran tunjuk
perasaan di Taman Gezi dan cubaan menggulingkan kerajaan pada 17 &
25 Disember 2013. Kejayaan Erdogan melepasi cabaran ini membolehkan
kedudukannya terus kukuh yang bukan sahaja mampu mencorakkan masa
depan politik Turki, tetapi juga memperkasakan kembali Islam dalam kehidupan
masyarakat di negara yang mewarisi keagungan Daulah Uthmaniyah.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: