Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini bertajuk DINAMIKA WACANA POLITIK MALAYSIA DAN GLOBAL
yang bermaksud coretan berkenaan isu-isu semasa global. Ia adalah
hasil koleksi 116 artikel karya Prof. Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani,
ahli akademik dari Universiti Utara Malaysia dan Kolumnis Berita Harian, yang
diterbitkan oleh akhbar arus perdana Berita Harian bermula pada tahun 2009
sehinggalah Disember 2015. Antara isu-isu yang dibincangkan secara mendalam
di dalam buku ini ialah berkaitan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) di Malaysia,
Tragedi MH370 dan MH17, Komuniti ASEAN dan Konflik Asia Barat.
Buku ini juga banyak membincangkan isu-isu domestik Malaysia dan
antarabangsa. Ianya terbahagi kepada 6 Bab. Terdapat satu bab (Bab 1) khusus
membicarakan berkenaan PRU-13. Peranan politik dan sosio-ekonomi Malaysia
terutamanya dasar pendidikan negara dibincangkan secara mendalam di dalam
buku ini (Bab 2 dan 3). Seterusnya buku ini juga mempunyai puluhan artikel yang
cuba merungkai peranan Malaysia di peringkat antarabangsa dan menganalisa
isu-isu semasa di peringkat Asia Tenggara, Asia Barat dan politik Islam serta global
secara umumnya (Bab 4, 5 dan 6).
Secara keseluruhannya, para pembaca akan dapat mengikuti wacana
Malaysia dan global sepanjang beberapa tahun di samping pengetahuan dan
pemahaman tentang isu-isu yang dibicarakan tersebut. Oleh itu, buku ini amat
sesuai untuk pembacaan umum dan para penganalisis hal ehwal Malaysia dan
antarabangsa, wartawan, akademia, ahli politik serta pelajar yang mengikuti
pengajian Malaysia, sains politik, hubungan antarabangsa, dan pendidikan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mohd Azizuddin Mohd Sani, PhD merupakan Profesor Madya Politik dan
Hubungan Antarabangsa di Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti
Utara Malaysia. Beliau adalah Kolumnis akhbar Berita Harian. Kini
beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai
Pembiayaan Politik (JKNMPP). Beliau pernah menjadi Felo Pelawat
di Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) di Singapura dan Profesor
Pelawat di Institut Kebangsaan Pembangunan dan Pentadbiran (NIDA) di
Bangkok, Thailand. Beliau telah banyak menulis buku serta karya beliau
juga diterbitkan di jurnal-jurnal tempatan dan antarabangsa khususnya di
dalam bidang teori politik, politik Islam, politik antarabangsa, politik media, kajian etnik dan
politik Malaysia. Beliau berasal dari Batu Gajah, Perak. Mendapat didikan awal di Sultan
Yussuf School (SYS), Batu Gajah dan Sekolah Menengah Gunung Rapat (SMGR), Ipoh.
Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta
Ijazah Kedoktoran dari Keele University, United Kingdom.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: