Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Landskap politik lokal sentiasa menjadi rencah dalam perbincangan
masyarakat Malaysia pada masa kini. Dek kerana pelbagai perkara
yang dilihat menggembirakan dan menghimpit kehidupan rakyat
mewujudkan satu paradigma iklim politik yang semakin meriah dalam konteks
negara demokrasi. Peranan setiap individu dan pemimpin negara amat
signifikan dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara. Tidak hanya
bersandarkan ketentuan dan kemenangan melalui pilihan raya yang diadakan
sahaja, tanggungjawab para pemimpin negara harus sentiasa berkhidmat
untuk rakyat dan memastikan kebajikan serta keselesaan hidup sentiasa
terjamin. Penceritaan buku ini juga menyebut tentang amalan feudal yang
pernah menjengah dalam sistem kepimpinan negara yang telah membentuk
sifat ketaatan dan kesetiaan rakyat terhadap pemimpin yang dikenali sebagai
sultan, pembesar, menteri, penghulu dan sebagainya. Kesetiaan ini telah
memupuk hubungan pertalian antara pemimpin dengan yang dipimpin
(pemimpin dan rakyat). Sifat ini berpindah dari masa ke masa mengikut
peredaran masa dan cuaca politik negara. Malah, sifat hegemoni yang sebati
dalam budaya politik Malaysia juga mengikut arus kepimpinan politik telah
menjadikan perjuangan politik semakin terbuka dari hari ke hari.
Justeru tidak dilupakan kehadiran suara anak muda dan kaum wanita
dalam memperjuangkan idea dan kepentingan hak merancakkan lagi
demokrasi Malaysia adalah amat signifikan. Anak muda dilihat akan mewarnai
dan menggegarkan perubahan politik lokal dan peranan mereka amat menarik
diketengahkan dalam perbincangan seharian. Kelebihan atau keutamaan yang
diberikan kepada kaum wanita dalam pelbagai aspek merupakan tindakan
yang amat positif demi perkembangan ekonomi yang semakin menjadi
tumpuan utama banyak pihak.
Buku ini bukan sahaja menyentuh perspektif politik dalam melihat
peta masyarakat pada masa kini tetapi turut menyentuh penyusunan yang
diperlukan untuk menguruskan isu-isu lokal dengan bijak. Malah, tidak lengkap
jika bicara politik Malaysia kini tidak melihat masa depan parti-parti politik yang
memeriahkan landskap politik lokal. Susur galur perjalanan politik Malaysia
telah melalui sebuah proses yang pelbagai, walaupun tidak terlalu panjang
berbanding negara luar namun pengalaman yang dikutip tersemat rapi dalam
sejarah negara.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: