Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ‘Aplikasi Kaedah Fuzzy Delphi Dalam Penyelidikan Sains Sosial’ ini adalah sebuah buku kaedah
penyelidikan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penyelidik masa kini. Buku ini
berupaya menjadi medium rujukan yang signifikan dan eksklusif kepada penyelidik dan sarjana yang
berusaha mencari kaedah terkini dalam menghasilkan laporan ilmiah atau tesis sarjana dan kedoktoran.
Buku ini ditujukan khas kepada pelajar yang sedang menyiapkan kertas kajian/ kertas projek/ disertasi/
tesis dan yang seumpamanya diperingkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor
Falsafah sama ada di kolej, Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institusi Pendidikan Tinggi Awam
(IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).


Buku ini mengandungi enam bahagian : pengenalan kaedah delphi, sejarah kewujudan kaedah Fuzzy
Delphi,
pakar dalam kaedah Fuzzy Delphi, Kaedah pensampelan dalam Fuzzy Delphi, pelaksanaan kaedah
Fuzzy Delphi dan contoh kajian menggunakan kaedah Fuzzy Delphi . Bagi setiap bahagian, penerangan
secara spesifik diperincikan lagi melalui sub-sub topik yang berkaitan berserta kaedah serta panduan
analisis data bagi memudahkan penyelidik memahami setiap langkah analisis dalam kaedah Fuzzy Delphi.

Buku ini ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami, tidak terlalu kompleks dan
setiap topik serta subtopik diperincikan dengan rujukan-rujukan yang relevan dalam menghuraikan
sesuatu fakta dan rasionalisasi penggunaan kaedah ini. Buku ini juga dapat memandu penyelidik
bagaimana mengoperasikan proses pelaksanaan kaedah Fuzzy Delphi, proses analisis data melalui langkah
demi langkah, berserta contoh-contoh artikel terkini yang boleh menjadi panduan kepada penyelidik

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: