Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Pemulihan atau rehabilitasi merupakan salah satu teras
penting bidang kerja sosial. Majoriti klien kerja sosial
terdiri daripada individu yang mempunyai pelbagai
masalah tingkah laku yang perlu dipulihkan semula agar
dapat kembali semula bertingkah laku normal, selari dengan
norma dan peraturan sosial yang telah ditetapkan. Salah satu
daripada bentuk pemulihan yang kritikal adalah pemulihan
terapeutik. Pemulihan terapeutik berkisar kepada serangkaian
intervensi rawatan diri yang memberi penekanan kepada
pembangunan dan pemerkasaan diri individu. Pendekatan ini
menjadi elemen kepada keberkesanan pemulihan terapeutik
dalam membantu memulihkan dan membina semula kehidupan
kliennya, khususnya kanak-kanak yang berkonflik dengan
undang-undang, norma dan pelbagai jangkaan masyarakat.
Buku ini membincangkan ciri-ciri pemulihan terapeutik
berkesan untuk pemulihan berasaskan institusi bagi remaja
perempuan yang terlibat dengan salah laku seks. Ciri-ciri dan
komponen-komponen pemulihan terapeutik berkesan yang
dibincangkan dalam buku ini mampu memberi satu landskap
ilmu pengetahuan yang penting kepada para pengamal bidang
kerja sosial yang ”bekerja” dengan remaja yang mempunyai
masalah tingkah laku, para pelajar yang mengikuti bidang
kerja sosial, organisasi dan agensi sukarela yang menguruskan
program pemulihan untuk remaja bermasalah serta pihak-pihak
berkepentingan yang terlibat dalam perawatan dan pemulihan
tingkah laku kanak-kanak dan remaja.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: