Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Polemik mengenai bantuan demokrasi ataupun dikenali umum di Malaysia
sebagai pendanaan asing merupakan isu yang meluas dibahaskan semenjak 2011
sehinggalah pasca Pilihan Raya Umum Ke-14. Biarpun bukan merupakan sebuah
isu yang baru, pendendangan isu ini telah menimbulkan kepanikan moral apabila
beberapa organisasi masyarakat sivil dan juga parti politik didakwa terlibat dalam aktiviti
subversif bagi menjatuhkan pemerintah ketika itu, Barisan Nasional dengan kaedah yang
tidak demokratik. Kempen penutupan ruang yang turut berlaku di peringkat antarabangsa ini
menjadikan bantuan demokrasi telah disinonimkan sebagai satu instrumen pertukaran rejim.
Buku yang disiapkan menerusi kajian selama lima tahun ini hadir bagi mendalami polemik
mengenai bantuan demokrasi yang disalurkan ke Malaysia. Selain daripada karya pertama
yang membincangkan secara komprehensif aktiviti, aktor, pendekatan dan bentuk bantuan
demokrasi yang disalurkan ke Malaysia, ia juga menjawab beberapa persoalan penting yang
sentiasa dibangkitkan oleh pengkritik seperti peranan Amerika Syarikat, bentuk bantuan yang
diterima oleh parti-parti politik, kebebasan masyarakat sivil, peranan Anwar Ibrahim serta
impak sebenar yang dihasilkan oleh program bantuan demokrasi di Malaysia. Memandangkan
isu bantuan demokrasi seringkali dibingkaikan secara simplistik dan konspiratorial, wujudnya
kesenjangan yang jelas antara kefahaman masyarakat dan pengkritik dengan realiti yang
mengambil tempat di peringkat pelaksanaannya. Pertukaran rejim yang berlaku dalam PRU-
14 yang lalu juga telah meletakkan konteks tersendiri mengenai batasan yang wujud dalam
memperkatakan peranan aktor luar dalam mempengaruhi trajektori pendemokrasian di
sebuah negara semiautoritarian seperti Malaysia.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: