Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini dihasilkan oleh pakar dalam bidang Kerja Sosial Keluarga. Buku
ini merupakan buku rujukan praktis kerja sosial dalam Bahasa Melayu yang
amat dinanti-nantikan oleh para pelajar dan pengajar dalam bidang kerja sosial di
Malaysia memandangkan bilangan buku seumpama ini dalam Bahasa Melayu amat
kurang dalam pasaran buku tempatan. Buku ini bukan sekadar berkongsi
pengetahuan, malah turut berkongsi beberapa kemahiran dan teknik intervensi
dalam praktis kerja sosial. Maklumat di dalam buku ini mampu dijadikan bahan
bacaan utama kepada para pelajar dalam bidang kerja sosial, khususnya yang
mengambil kursus kerja sosial keluarga atau mahu mendalami ilmu mengenai
praktis kerja sosial keluarga. Kandungan dalam buku ini juga boleh dijadikan
panduan berguna kepada para pekerja sosial yang baru memulakan kerjaya. Buku
ini juga dijangka menjadi bahan bacaan yang boleh memanfaatkan golongan
pembaca yang sentiasa dahagakan ilmu dan amat meminati bidang perkhidmatan
kemanusiaan. Akhir sekali, penghasilan buku ini diharap dapat memberi
sumbangan kepada perkembangan bidang ilmu Kerja Sosial.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: