Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Hakikat sebenar
Dalam buku ini, Dr Tee E Siong, pakar pemakanan terkemuka
Malaysia akan mendedahkan hakikat yang nyata tentang
budaya makan rakyat Malaysia. Beliau akan berkongsi
pengetahuannya tentang hidangan yang kita makan semasa
sarapan, makan tengah hari, makan malam, snek dan lewat
malam.
 

Realiti yang mengerikan
Penulis akan mendedahkan kesan ngeri amalan makan yang tidak
sihat. Beliau akan menyakinkan anda bahawa diet tidak sihat adalah
penyebab utama penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, penyakit
jantung, diabetes dan kanser. Dan terdapat satu cara sahaja untuk
mencegah penyakit-penyakit tersebut - amalkan makan secara sihat
dan kehidupan yang aktif.

Rahsia makan secara sihat
Beliau akan mendedahkan rahsia mengenai diet Malaysia yang sihat, dan
berkongsi prinsip-prinsip asas makan secara sihat serta membimbing anda
cara menerapkan pemakanan sihat dalam kehidupan harian.
Bacalah buku ini. Anda akan mendapati bahawa kita boleh mengamalkan
budaya makan dengan cara yang lebih sihat sambil menikmati keenakan
makanan Malaysia.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dr Tee E Siong telah memperjuangkan amalan makan secara sihat dan kehidupan
yang aktif selama tiga dekad, terutamanya menerusi Persatuan Pemakanan Malaysia.
Beliau adalah Presidennya sejak 19 tahun yang lalu. Selaku Presiden, beliau telah
menerajui pelaksanaan pelbagai program promosi pemakanan masyarakat. Beliau
merupakan pengarang utama pelbagai buku kecil dan rencana akhbar yang mendidik
masyarakat tentang pemakanan sihat.
Dr Tee merupakan Profesor Adjung di Jabatan Biosains, Universiti Taylor. Beliau
merupakan perunding pemakanan TES Nutrihealth Strategic Consultancy. Beliau juga
menyertai aktiviti-aktiviti Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian
Kesihatan Malaysia. Dr Tee juga adalah Pengarah Saintifik Institut Sains Hayat
Antarabangsa (International Life Sciences Institute, ILSI) bagi rantau Asia Tenggara.
Dr Tee merupakan Ketua Pusat Penyelidikan Kardiovaskular, Diabetes dan
Pemakanan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sehingga persaraan beliau pada
Februari 2002, selepas berkhidmat selama 30 tahun.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: