Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini menghuraikan bidang Strategi Pembelajaran Bahasa (SPB) secara komprehensif dan ekstensif. Pelbagai aspek dikupas dalam menjelaskan nilai kebergunaannya. Ini disokong pula dengan hasil kajian yang bersifat empirikal. Tumpuan utama diberikan kepada topik-topik mengenai pendefinisian, ciri-ciri dan teori. Perlakuan pembelajaran Pelajar Cemerlang Bahasa yang menjadi titik tolak bidang penyelidikan SPB turut disentuh. Ini diikuti oleh perincian tentang bentuk-bentuk taksonomi, hubungan antara SPB dengan pencapaian bahasa dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan serta penggunaannya. Buku ini turut membincangkan tentang Pengajaran Strategi Pembelajaran Bahasa dengan mengemukakan beberapa model dan program yang pernah dihasilkan. 
    Buku ini sesuai dan berguna kepada pelbagai golongan. Antaranya, pelajar institusi pengajian tinggi, guru bahasa, pengkaji bahasa, pegawai atau pentadbir pendidikan, pencinta bahasa dan semua golongan pembaca yang berminat dalam bidang bahasa serta berhasrat untuk menjadikan pembelajaran bahasa lebih efektif lagi menarik. Tambahan pula, ini merupakan antara buku terawal yang membincangkan bidang berkaitan di Malaysia khususnya dalam bahasa Melayu. Garapan antara teori, penyelidikan dan aplikasi menjadikan buku ini mempunyai keunikan tersendiri yang dapat memenuhi kehendak dan keperluan pembaca.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: