Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Dunia leksikografi Melayu lebih dikenali sebagai aktiviti penyusunan kamus, berbanding penyelidikan tentang kamus. Inilah yang menjadi masalah kepada penulis untuk mendapatkan input atau dapatan penyelidikan tentang kamus yang jarang-jarang diberi tumpuan oleh ahli-ahli bahasa tempatan. Oleh itu, sebagai alternatif, sumber penulisan buku ini banyak merujuk buku atau makalah para peneliti kamus Barat yang menampilkan pelbagai perspektif huraian tentang leksikografi, sama ada dari sudut penyelidikan kamus mahupun aktiviti penyusunannya. 
    Skop penulisan buku ini bukan sahaja mencakup perkembangan perkamusan melayu di malaysia, malah melibatkan perkembangan perkamusan di indonesia dan Brunei Darussalam. bahasa melayu Malaysia, bahasa Indonesia, dan bahasa melayu Brunei merupakan variasi bahasa melayu. Ketiga-tiga bahasa ini berasal daripada bahasa induk yang sama, iaitu bahasa melayu. maka sebarang pembicaraan tentang perkamusan melayu akan mencakup ketiga-tiganya sebagai dasar kajian.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: