Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Pembiayaan Pembangunan Harta Wakaf Menggunakan Sukukini ditulis bertujuan untuk menghuraikan teori, konsep dan kaedah untuk membangunkan harta wakaf agar lebih produktif seperti yang telah dilaksanakan dengan jaya oleh beberapa pemegang amanah wakaf yang terpilih. Kaedah pembangunan harta wakaf boleh dikategorikan kepada dua kaedah asas, pertama kaedah pembangunan secara tradisional (klasik) dan yang keduanya kaedah pembangunan secara moden. Buku ini menjelaskan tentang pembangunan harta wakaf menggunakan instrumen yang ditawarkan dalam sistem kewangan Islam seperti yang dilakukan di Arab Saudi dengan penerbitan sukuk al-Intifaa telah membuahkan hasil dalam melestarikan aset wakaf mereka dengan terbinanya buruj zam zam. Kaedah yang sama juga telah digunakan oleh Singapura dalam menaiktarafkan lagi harta wakaf mereka dengan penerbitan sukuk musyarakah. Turut dibincangkan tentang contoh pembangunan harta wakaf yang telah dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Negeri di Pulau Pinang dan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Buku ini juga menghuraikan potensi pembangunan harta wakaf menggunakan instrumen sukuk dalam usaha mendapatkan modal bagi pembangunan harta wakaf di Malaysia.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: