Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Pragmatik dan linguistik merupakan dua bidang kajian dalam ilmu bahasa. Pragmatik memusatkan perhatian pada penggunaan bahasa dalam kalangan penutur berdasarkan konteks sesuatu peristiwa pertuturan. Manakala linguistik merupakan kajian saintifik bahasa yang berusaha mengadakan rumus untuk penggunaannya yang betul. Buku Pragmatik Linguistik ini berusaha menggabungkan kedua-dua bidang tersebut secara bersepadu dalam satu kerangka kajian. 
Model Pragmatik Linguistik telah dibangunkan bagi meliputi aspek pragmatik dan linguistik yang hendak dianalisis ke atas bahasa Melayu perbualan yang ditranskripsikan dan digunakan bagi melihat aspek-aspek tersebut. Teks-teks perbualan itu bukan sahaja dianalisis dari segi kandungan elemen pragmatik dan linguistik yang terdapat dalamnya, malahan bagaimana elemen pragmatik dan linguistik itu berperanan dalam mencirikan teks-teks perbualan tersebut. 
Buku ini penting kerana ia mengetengahkan dimensi baru dalam kajian bahasa dengan memperkenalkan model kajian pragmatik linguistik. Selain itu, ia memperlihatkan bagaimana makna-makna diinterpretasikan daripada ujaran yang dilafazkan oleh penutur. 
Keupayaan buku ini dalam memperlihatkan fakta terkini dan membicarakan aspek berkaitan secara jelas dan mudah difahami, dapat membantu pembaca memahami bidang pragmatik linguistik dengan lebih mendalam. Buku ini sesuai dijadikan buku rujukan dan koleksi ilmiah para pensyarah, guru dan pelajar institusi pengajian tinggi, serta mereka yang berminat dalam bidang kajian bahasa Melayu.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: