Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Kaedah Tepat Memahami Hadis merupakan sebuah karya yang
membincangkan mengenai kaedah-kaedah tepat dalam memahami
hadis-hadis nabi SAW. Munculnya aliran-aliran pemikiran moden seperti
Orientalis, antihadis dan liberal di samping tersebarnya pemikiran terdahulu
seperti Syiah, Khawarij dan Muktazilah menjadikan karya ini penting untuk
diteliti dan dipelajari. Penolakan hadis sahih oleh golongan ini adalah
berpunca antaranya berpada dengan satu hadis sahaja tanpa melihat kepada
riwayat lain, berpegang dengan zahir nas tanpa melihat kepada maqasidnya,
mentakwil hadis dengan takwilan yang fasid, tidak melihat kepada sabab
wurud hadith, menggunakan logik akal semata-mata, menolak hadis kerana
bertentangan dengan fakta sains dan sebagainya.

Buku ini mengandungi empat bab utama yang antaranya memfokuskan
kepada kepentingan fiqh al-hadith, metode nabi, para sahabat, tabiin dan
ulama hadis dalam fiqh al-hadith. Perbincangan seterusnya tertumpu kepada
metode para ulama hadis dalam menilai sanad dan matan hadis. Bab yang
penting dalam buku ini ialah perbincangan mengenai 20 kaedah tepat dalam
memahami hadis berserta contoh bagi memudahkan kefahaman pembaca.
Buku ini diakhiri dengan pendedahan pemikiran aliran-aliran menyeleweng
dan kefahaman mereka terhadap hadis-hadis nabi. Semoga buku ini dapat
dijadikan panduan kepada masyarakat Islam dalam memahami hadis-hadis
nabi SAW seterusnya menolak tohmahan dan penyelewengan terhadap
kandungan hadis-hadis nabi SAW.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: