Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Pengajian Hadis di India dan Pengaruhnya di Malaysia ini berusaha
mengenal pasti sejauh mana pusat-pusat pengajian Islam di India
berperanan dalam mengembangkan pengajian hadis seterusnya melahirkan
tokoh ulama dan karya hebat dalam bidang hadis. Buku ini dimulakan dengan
memperkenalkan beberapa tokoh ulama hadis India berdasarkan dua aliran utama
iaitu aliran deobandi yang diwakili oleh ulama Deoband dan Mazahir al-Ulum
seterusnya aliran hadis. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa keduadua
aliran tersebut mempunyai kekuatan masing-masing dalam perkembangan
pengajian hadis di India. Karya-karya mereka berserta metodologi penulisan yang
digunakan menyerlahkan bahawa kewibawaan tokoh-tokoh ulama hadis India
setanding dengan ulama-ulama hadis Timur Tengah yang lain. Pengenalan kepada
daurah hadith dan takhassus hadith di Darul ‘Ulum Deoband, Mazahir al-‘Ulum,
Darul Ulum Nadwatul Ulama Lucknow dan Universiti Islam Sanabil mengesahkan
kesungguhan mereka dalam menghidupkan pengajian hadis di India. Pengaruh
sistem pengajian hadis di India terhadap Malaysia sangat besar melalui penubuhan
madrasah dan pusat pengajian yang menggunakan sistem pengajian hadis di India
oleh tokoh-tokoh ulama Malaysia lepasan pengajian India. Antaranya Madrasah
Miftah al-‘Ulum Bandar Baru Seri Petaling, Pusat Pengajian al-Quran Darul Kauthar
(PPADK), Madrasah al-Quran Kubang Bujuk, Darul al-‘Ulum li Ihya’ Ulum al-Din di
Langgar, Kedah dan Maahad Darul Hadith di Kedah.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: