Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini memperincikan setiap proses dalam pengurusan pilihan raya yang secara keseluruhan terdiri daripada lebih 30 peringkat atau fasa tindakan, yang wajar dihayati oleh setiap pemegang taruh. Bagi memenuhi hasrat itu, buku ini menghidangkan fakta-fakta yang menarik berserta kronologi, foto dan ilustrasi nostalgia pilihan raya peringkat Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri dari tahun 1955 sehingga 2020 – merangkumi susur galur lebih 60 tahun. Ini termasuklah keputusan penuh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebagai rujukan khusus bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12. Buku ini dibahagikan kepada 15 bab iaitu huraian mengenai Kerajaan dan Pilihan Raya,
Sistem dan Proses Pilihan Raya, Undang-undang dan Peraturan, Penamaan Calon, Daftar Pemilih, Kempen Pilihan Raya, Tempat Mengundi, Pengundian, Pengiraan Undi, Selesainya Pilihan Raya dan Petisyen Pilihan Raya. Karya ini yang dibahagikan kepada tiga komponen utama turut mengupas detik-detik menarik sepanjang lebih tiga tahun lalu sejak PRU-14.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman merupakan tokoh tidak asing dalam landskap pilihan raya di Malaysia, dengan pengalaman lebih 30 tahun di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebagai Setiausaha dan Pengerusinya. Malah, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) yang diberi tanggungjawab oleh Kerajaan untuk mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya.

Dr. G. Manimaran merupakan wartawan terkemuka yang membuat liputan bidang politik dan pilihan raya sejak 1991. Pernah meramal dengan tepat PRU-9. Kepakaran beliau dalam membuat liputan pilihan raya turut
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia apabila dilantik sebagai Ahli ERC (2018-2020).


Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: