Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini dihasilkan bagi mengenang dan menghargai jasa dan sumbangan Prof.
Datin Paduka Datuk Dr. Hajah Ramlah Adam sebagai seorang pendidik selama
lebih empat puluh tahun selain jasa dan peranan beliau dalam kepimpinan
akademik yang telah diberikan khususnya kepada Jabatan Sejarah, Universiti
Malaya dan negara Malaysia amnya. Sumbangan beliau dalam bidang sejarah
terutamanya penulisan mengenai biografi beberapa tokoh penting di Malaysia
amat besar maknanya sehingga beliau begitu dikenali oleh ramai sarjana di dalam
mahupun luar negara. Beliau juga sering menjadi pakar rujuk dalam hal berkaitan
dengan sejarah Malaysia, khususnya mengenai biografi tokoh serta isu-isu yang
berkaitan dengannya. Segala ilmu yang terkandung dalam karya-karya beliau
telah memperkayakan tradisi keilmuan di tanah air kita. Makalah yang dimuatkan
dalam buku ini adalah hasil sumbangan rakan taulan, anak didik beliau dan para
sarjana daripada pelbagai disiplin ilmu. Semoga segala ilmu yang terkandung
dalam buku ini dapat dimanfaatkan dalam mencorakkan lagi tradisi
kegemilangan ilmu di Malaysia.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: