Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Kelangsungan Politik Muslim dalam demokrasi mutakhir ini memaparkan
banyak perkembangan menarik. Lebih-lebih lagi, demokrasi tidak hanya
memberi fokus kepada pilihan raya, tetapi memperaku budaya politik yang
berpegang kepada nilai universal, pluralisme dan toleransi. Pelaksanaan
demokrasi dalam Dunia Islam termasuk di Malaysia tidak terlepas
daripada disorot dan dibandingkan dengan bentuk demokrasi yang
diamalkan oleh Barat. Tidak dinafikan, tuntutan hak asasi yang melampaui
batas dan kebebasan individu secara mutlak antara cabaran yang perlu
dihadapi oleh Malaysia. Walhal, demokrasi perlu menjadi alat untuk
mempersembahkan Islam dengan sebaik-baiknya dan bukan menjadi
proksi serta talian hayat kepada hegemoni Barat.
Selain itu, persaingan politik yang tinggi dalam proses demokrasi
melalui pilihan raya telah mewujudkan dikotomi dalam Politik Muslim
yang ketara. Perpecahan suara umat Islam yang ditandai melalui parti-parti
politik menjadi cabaran kepada keutuhan Politik Muslim di negara.
Keperluan untuk bermuafakat dan menjalinkan kerjasama politik juga
semakin mendesak, lebih-lebih lagi ia bertujuan melonjakkan kekuatan
Politik Muslim dalam mendaulatkan agama Islam dan memperjuang
kepentingan ummah dengan lebih berkesan. Polemik di atas terangkum
dalam buku ini yang mengupas tentang wacana demokrasi dan
kelangsungan Politik Muslim meliputi isu nasional dan antarabangsa
kontemporari.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: