Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Perkembangan ilmu pengetahuan hari ini mendedahkan dunia kepada
kepelbagaian pandangan dalam hukum Islam. Walaupun sumber Syariah
yang utama hanya teks al-Quran dan Sunnah, namun hukum yang terhasil
adalah pelbagai, sebagai manifestasi fleksibiliti Syariah dalam menangani isu-isu dan
keperluan manusia dalam semua keadaan.

Al-Quran dan Sunnah boleh menerima pelbagai tafsiran dan interpretasi,
bergantung kepada tahap kesarjanaan individu yang mentafsirkannya. Untuk
memastikan tafsiran terhadap teks hukum tidak tersasar daripada kehendak
Syariah, para sarjana usul fiqh telah menyusun metode dan kaedah interpretasi yang
komprehensif, meliputi kaedah asas linguistik sehinggalah metode penyelarasan dan
penyesuaian, bagi teks-teks hukum yang kelihatan bercanggah.

Justeru, buku ini cuba mengulas secara komprehensif dan praktikal tentang
kaedah dan teori interpretasi teks hukum Islam, yang secara tidak langsung
menjelaskan kepada para pembaca dan pengkaji bidang Syariah tentang bagaimana
perbezaan pendapat boleh berlaku dalam kalangan mazhab-mazhab fekah utama
Islam. Dengan mengetahui asas kepada perbezaan tafsiran para fuqaha’ Islam, akan
memberi ruang kepada penyelidikan moden untuk mengambil manfaat daripada
perbezaan hukum untuk meneruskan kesinambungan ijtihad kontemporari.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: