Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Pembangunan Mampan Pelancongan Maritim di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia
adalah karya asli yang terhasil daripada kajian
lapangan yang telah dilakukan oleh para penulis di Pantai Timur
Semenanjung Malaysia. Buku ini memuatkan hasil penelitian penulis ke atas
beberapa isu penting berkaitan dengan pembangunan mampan pelancongan
maritim di kawasan pesisir pantai. Empat topik penting telah menjadi fokus
penulisan buku ini iaitu yang berkaitan dengan pembangunan mampan
pelancongan maritim, impak pelancongan maritim ke atas ekonomi komuniti
setempat, pelancongan maritim dan sosiobudaya: perspektif komuniti dan
pelancong dan terakhir perancangan guna tanah untuk pembangunan mampan
pelancongan maritim. Buku ini turut memuatkan hasil kajian berasingan tetapi
penting dalam membincangkan isu pembangunan mampan pelancongan
maritim di pulau peranginan iaitu berkaitan dengan masalah tadbir urus, kajian
kes di Pulau Perhentian.
Diharap dengan terhasilnya karya akademik ini, akan memberi manfaat
kepada banyak pihak termasuk mereka yang terlibat dalam membuat kajian
tentang pelancongan khasnya pelancongan maritim atau pelancongan pesisir
pantai dan juga mereka yang terlibat dalam kajian tentang pembangunan
guna tanah, alam sekitar dan tadbir urus pulau peranginan di kawasan pesisir
pantai timur Semenanjung Malaysia. Selain itu, buku ini amat sesuai dibaca oleh
golongan mahasiswa di IPTA dan IPTS yang menawarkan kursus-kursus berkaitan
dengan pembangunan mampan pelancongan maritim dan pengurusannya bagi
memastikan pembangunan pelancongan mampan ini dapat dilaksanakan bagi
mengurangkan impak negatif ke atas alam sekitar dan komuniti setempat dari
segi ekonomi dan sosial dan seterusnya dapat memberi manfaat kepada mereka
dalam jangka masa panjang.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: