Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini membincangkan asas pemikiran politik
dan ekonomi Barat dengan meninjau 3 orang
pemikir (Socrates, Plato, Aristotle), seorang
pemikir transisi dunia Eropah (Machiavelli), dan
3 orang pemikir teori pakatan social (Hobbes, Locke, dan
Rousseau). 5 orang pemikir lain yang dibincangkan dalam
buku ini adalah di kalangan ilmuan yang mempunyai
asas ekonomi dalam penghuraiannya tentang sistem
pemerintahan. Mereka adalah Adam Smith, John Stuart
Mill, Karl Marx, John Rawls, dan Robert Nozick. Buku
ini adalah satu usaha untuk menghuraikan tentang asas
yang digunakan oleh pemikir Barat bagi menghasilkan
satu teori pemerintahan yang baik. Terdapat 3 asas
yang dibincangkan; ontologi (berasaskan tuntutan kuasa
supranatural seperti Tuhan), deontologi (berasaskan
tuntutan fitrah alam semulajadi), dan teleologi (berasaskan
tuntutan kehendak manusia dan masyarakat). Daripada
huraian di atas, pengarang berpendapat bahawa adanya
gerakan yang menghendaki supaya paradigm ontologi
digunakan semula dalam menghasilkan teori politik bukan
sahaja disokong, malah amat diperlukan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: