Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Apakah peranan, sumbangan dan pencapaian SPRM untuk tempoh
50 tahun dari 1967-2017? Bagaimana kronologi peruntukan undangundang
berkaitan jenayah rasuah? Bilakah titik tolak kepada
penubuhan organisasi pencegahan rasuah? Dalam konteks tiga persoalan
inilah buku ini memiliki kelainan dan keistimewaan yang tersendiri.
Buku ini merupakan penulisan pertama berkaitan dengan sejarah
undang-undang jenayah rasuah dan pencapaian institusi pencegahan rasuah
di Malaysia merentas zaman.
Penubuhan Unit Jenayah Khas dan Unit Pencegahan Rasuah pada
tahun 1959 perlu diambil kira sebagai titik tolak ke arah penubuhan Badan
Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 1967 apabila kedua-dua unit sedia ada
ini digabungkan menjadi satu institusi bertaraf sebuah jabatan penuh dan
terpisah sepenuhnya daripada pasukan Polis Diraja Malaysia. Selepas melalui
beberapa perubahan, pada tahun 2009, BPR telah bertukar kepada sebuah
suruhanjaya, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam tempoh 50 tahun penubuhannya, SPRM telah memberi
sumbangan yang sangat bererti di peringkat nasional dan antarabangsa
dalam memperkasakan kesedaran masyarakat untuk tidak terbabit dengan
jenayah rasuah.
Buku ini adalah rujukan penting dan autentik untuk mengetahui sejarah
dan pencapaian SPRM membanteras jenayah rasuah di Malaysia.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: