Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini mengetengahkan himpunan tulisan para
sarjana tempatan yang sememangnya telah terkenal
dalam bidang pengkhususan masing-masing. Buku ini
dihasilkan sebagai satu tanda menghargai jasa, sumbangan
dan penglibatan Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan
Othman dalam bidang akademik sepanjang perkhidmatan
beliau di Universiti Malaya selama lebih 30 tahun. Bab-bab
yang dimuatkan dalam buku ini merupakan hasil kajian di
peringkat pascasiswazah; pembentangan kertas kerja dalam
persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan ucap
utama. Justeru, sumber yang digunakan sangat berwibawa dan
boleh dipertanggungjawabkan dalam setiap bab yang ditulis.
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sosiopolitik dan
sosiobudaya; dan merangkumi pelbagai tajuk dan dimensi.
Topik-topik dalam sosiopolitik menyentuh pelbagai isu.
Antaranya termasuklah perkembangan semasa politik dan
kepartian di Malaysia; peranan dan pemikiran tokoh-tokoh
politik tertentu; persoalan politik berteraskan perkauman; dan
juga menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia. Dalam
perspektif sosiobudaya pula, perbincangan mencakupi isu-isu
seperti sejarah pendidikan Islam dalam masyarakat, peranan dan
pencapaian ABIM dalam suasana politik semasa, penglibatan dan
sumbangan ulama kepada pembentukan modal insan; dan juga
isu-isu hak asasi di peringkat serantau dan antarabangsa. Buku
ini perlu dijadikan rujukan oleh pengkaji sejarah; masyarakat;
dan politik kontemporari, mahasiswa/i dan calon pascasiswazah

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: