Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Wakaf telah berkembang semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w dan menjadi amalan masyarakat Islam. Wakaf telah membantu memenuhi keperluan hidup rakyat daripada makanan, pakaian, tempat perlindungan, kesihatan, pendidikan, perniagaan sehinggalah ke perkuburan. Perkhidmatan yang disediakan daripada wakaf memastikan semua ahli masyarakat mendapat layanan yang sewajarnya dan tiada golongan yang terpinggir, bukan sahaja untuk masyarakat setempat, malah meliputi masyarakat luar.
Buku ini secara keseluruhannya membincangkan bagaimana wakaf telah berperanan sebagai pelengkap pembiayaan awam di Malaysia. Menyentuh mengenai latar belakang wakaf di Malaysia dari sudut perundangan dan institusi wakaf di peringkat Persekutuan dan Negeri yang telah memainkan peranan besar dalam membangunkan wakaf di Malaysia. Seterusnya, menjelaskan bentuk dan sumber pembiayaan wakaf yang ada di Malaysia. Buku ini juga menjelaskan mengapa wakaf diperlukan sebagai satu bentuk mekanisme pembiayaan dalam membangunkan negara selain turut mengukuhkan lagi bukti keupayaan wakaf di Malaysia. Wakaf juga menjadikan setiap ahli masyarakat inklusif dalam setiap agenda pembangunan kerajaan. Tambahan pula, manfaat wakaf bukan sahaja boleh dinikmati oleh generasi sekarang bahkan, sifat wakaf yang bertahan jangka panjang turut membolehkan generasi hadapan menikmati hasil wakaf yang dibangunkan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: