Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian
adalah sebuah buku kaedah penyelidikan terkini yang sangat eksklusif
untuk bidang sains sosial, khasnya bidang pendidikan. Buku ini dapat
menjadi rujukan penting kepada penyelidik dan sarjana yang berusaha
mencari ilmu empirikal dan seterusnya menghasilkan laporan ilmiah
atau tesis sarjana dan kedoktoran. Penulisan ini ditujukan khas kepada
pelajar yang sedang menyiapkan kertas kajian/ kertas projek/ disertasi/
tesis dan seumpamanya di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda,
Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah sama ada di kolej, Institusi
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institusi PengajianTinggi Awam (IPTA)
dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Buku ini mengandungi empat bahagian: ilmu dan penyelidikan,
penyelidikan kuantitatif, penyelidikan kualitatif dan penyelidikan
kaedah gabungan (mixed-methods). Bagi setiap kaedah/ kajian
kuantitatif, kualitatif dan kaedah gabungan diperincikan lagi melalui
subtopik yang berkaitan seperti; reka bentuk kajian, penulisan proposal
kajian, kaedah pengumpulan data, pengurusan data, pengekodan
data, populasi dan persampelan, kesahan dan kebolehpercayaan, ujian
rintis, kerangka konseptual, teoritikal kajian, analisis statistik, penulisan
laporan, dan format penulisan bibliografi mengikut APA (American
Psychological Association) style.

Buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudah, tidak terlalu
teoritikal dan setiap subtopik ditulis secara terperinci dalam
menghuraikan sesuatu fakta serta setiap paragraf mengandungi
rujukan-rujukan yang relevan sebagai sandaran fakta yang dibahaskan.
Buku ini juga dapat memandu penyelidik bagaimana mengoperasikan
perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) mengikut langkah
demi langkah dalam penggunaan semua jenis statistik deskriptif dan
inferensi. Dijelaskan juga bagaimana cara untuk menginterpretasi dan
menganalisis data, dan akhir sekali menjelaskan bagaimana laporan
ilmiah dibuat berdasarkan jenis penyelidikan yang digunakan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: