Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini melihat kebangkitan besar di Palestin iaitu intifadah
pada tahun 1987 dan 2000. Tumpuan diberikan pada Intifadah
al-Aqsa, iaitu intifadah kedua pada tahun 2000 dan meneliti
kesannya kepada proses damai Arab-Israel. Proses damai yang
dirangka selepas Intifadah al-Aqsa masih berlanjutan sehingga kini.
Perjanjian Oslo pula yang dirangka selepas intifadah pertama
pada tahun 1987 terhenti dengan kebangkitan Intifadah al-Aqsa.
Intifadah memberi kesan yang besar terhadap proses damai di
Palestin dengan isu-isu utama yang menjadi perbalahan sejak sekian
lama seperti penempatan Yahudi, hak untuk kembali, sempadan
wilayah dan juga status Jerusalem.
Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa dalam
masyarakat Islam kerana kiblat pertama adalah Masjid al-Aqsa.
Rakyat Palestin sudah lama menentang Israel khususnya selepas
penubuhannya pada tahun 1948. Penentangan terhadap Israel turut
melibatkan negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Syria.
Konflik yang berlanjutan ini membawa kepada perbincangan dan
pelan damai yang diusahakan oleh pelbagai pihak bagi mencapai
keamanan di Palestin.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: