Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Prestasi ekonomi negara bukan sahaja memberi kesan terhadap
perkembangan sektor hartanah malah kemajuan ekonomi turut
dipengaruhi oleh pembangunan hartanah itu sendiri. Justeru,
pelaksanaan pembangunan hartanah yang berjaya adalah
penting untuk perkembangan ekonomi negara. Sehubungan itu setiap
projek pembangunan hartanah sememangnya memerlukan sebuah
penyelidikan pasaran yang menyeluruh bagi menjamin daya maju
sesebuah projek.
Lazimnya, penyelidikan pasaran hartanah melibatkan
pengumpulan, catatan dan analisis secara sistematik ke atas semua
data yang berhubung kait dengan produk dan perkhidmatan profesion
hartanah. Dalam erti kata lain, penyelidikan pasaran hartanah adalah
penyiasatan yang sistematik ke atas pasaran bagi mendapatkan
maklumat terbaru dan mengkaji hubung kait antara suatu maklumat
dengan maklumat yang lain dalam usaha memperluaskan pengetahuan
semasa ke atas pembangunan dan pemasaran hartanah.
Buku ini dapat menambah kefahaman baru terhadap pasaran
hartanah dalam kalangan bakal penyelidik dan membantu para
penyelidik membuat keputusan yang betul semasa pelaksanaan
penyelidikan sekali gus menyumbang kepada projek pembangunan
hartanah yang berdaya maju.
Diolah dalam bahasa yang mudah, buku ini amat sesuai bukan
hanya untuk bacaan dan panduan bagi khalayak khusus (perunding
hartanah, ahli ekonomi, pemaju, ahli akademik, ahli kewangan dan para
penyelidik) malah juga sesuai sebagai bacaan khalayak umum.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: