Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Sejarah perjuangan mendaulatkan penubuhan negara Islam Aceh dipenuhi dengan cabaran dan halangan, walaupun kerajaan Islam Aceh telah jelas terbentuk sejak zaman awal moden, namun perubahan politik yang berlaku pada akhir abad ke-18 telah merubahnya. Kajian ini merungkai bagaimana kehadiran kuasa luar, seperti Belanda, Jepun dan penubuhan negara Indonesia telah mencabar dan menghalang kepada penubuhan negara bangsa Aceh. Permasalahan ini bertambah kusut selepas Perang Dunia Kedua, apabila perjuangan mendaulatkan kerajaan Islam Aceh telah berubah dari sebuah gagasan perjuangan untuk menubuhkan kerajaan Aceh yang berdaulat kepada perjuangan menuntut pelaksanaan Syari’at Islam dilaksanakan dalam lingkungan negara Indonesia. Seterusnya pada tahun 1976, perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka telah diteruskan oleh Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan penubuhan sebuah negara Islam. Antara persoalan kajian yang mendasari kajian ini adalah mengapakah kuasa luar menjajah Aceh yang merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka, bagaimanakah tindak balas Aceh untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam Aceh, bagaimanakah usaha penentangan gerakan Darul Islam Aceh terhadap Kerajaan Pusat Indonesia dan apakah matlamat penubuhan GAM. Bertolak daripada persoalan ini, objektif kajian ini adalah: menganalisis faktor-faktor utama kuasa luar menjajah Aceh yang merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka, usaha-usaha Aceh untuk mempertahankan kedaulatan Aceh terhadap kuasa luar, penentangan gerakan Darul Islam Aceh (DI-Aceh) terhadap Kerajaan Pusat Indonesia dan matlamat penubuhan GAM serta penubuhan negara Islam Aceh. Hasil kajian mendapati bahawa perjuangan mendaulatkan Aceh menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak tahun 1873-2005 mengalami pasang surut, namun tetap berterusan. Ini merupakan dinamika perjuangan untuk mendaulatkan penubuhan negara Islam Aceh. Akhirnya penemuan kajian ini menyimpulkan bahawa sejarah perjuangan mendaulatkan Aceh sebagai sebuah negara bangsa yang merdeka dan mendaulatkan daulah Islamiah sepenuhnya, masih jauh dari harapan dan cita-cita pengasasnya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: