Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Tahun 2020 dibuka dengan satu lagi episod bersejarah dalam politik Malaysia iaitu krisis
penjajaran semula politik negara atau lebih dikenali umum dengan pelbagai nama seperti
Krisis Sheraton, Langkah Sheraton, Operasi Sheraton atau Kudeta Sheraton. Pergolakan
“tujuh hari panjang” tersebut menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang
baru sahaja memegang tampuk pemerintahan negara selama dua puluh dua bulan ke tangan
gabungan politik baru yang dikenali dengan nama Perikatan Nasional (PN). Krisis Sheraton
mencipta sejarah dan kontroversi apabila buat pertama kalinya, peralihan kuasa tidak dilakukan
menerusi mekanisme iaitu pilihan raya umum. Tindakan Perdana Menteri ketika itu, Mahathir
Mohamad yang meletakkan jawatan secara mengejut telah memulakan mega plot yang dipenuhi
ketidaktentuan, pergelutan, kecelaruan dan kekeliruan. Tidak terhenti di situ, krisis politik ini
disusuli pula dengan krisis kesihatan paling mencabar selepas kemerdekaan iaitu wabak Covid-19.
Pertembungan krisis politik dan krisis kesihatan ini memberikan dimensi timbal balik yang
mendalam terhadap trajektori politik Malaysia. Buku ini ditulis bagi merenung dan mentafsir
perkembangan yang berlaku sebelum, sewaktu dan selepas berakhirnya tujuh hari panjang
tersebut. Ia memfokuskan kepada isu-isu utama yang banyak diperbahaskan masyarakat umum
seperti apakah motif atau motivasi yang mendasari Krisis Sheraton? Siapakah “Keyser Soze”
iaitu individu yang menggerak atau menjadi pencatur utama dalam menjayakan pembentukan
kerajaan PN? Bagaimana pendirian dan peranan Sarawak dan Sabah dalam rancangan tersebut?
Apakah implikasi Krisis Sheraton terhadap politik dan perundangan di Malaysia? Apakah keunikan
peranan yang dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Institusi Raja dalam menyelesaikan
krisis yang tidak pernah berlaku itu? Apakah perlantikan Perdana Menteri Interim yang disandang
oleh Mahathir selama tujuh hari itu sah di sisi undang-undang? Bagaimanakah DAP berperanan
dalam membuka jalan terhadap krisis tersebut? Sejauhmana media sohor kini memberikan
jawapan terhadap teka teki yang wujud sepanjang berlangsungnya krisis? Apakah sumbangan
yang dimainkan oleh gabungan Muafakat Nasional? Bagaimana golongan muda seperti
mahasiswa memberi reaksi mereka terhadap krisis yang berlangsung dan tidak ketinggalan,
bagaimana krisis Covid-19 dihujahkan menjadi ‘penyelamat’ kepada legitimasi Perdana Menteri
baru, Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN yang dipimpinnya. Ditulis dengan gabungan pendekatan
akademik dan popular dan dibantu dengan maklumat-maklumat primer, buku ini di harap dapat
menjadi rujukan preliminari mengenai saga yang telah mencipta enigma tersendiri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MUHAMAD TAKIYUDDIN ISMAIL (Ph.D) merupakan Profesor Madya di di Program Sains Politik, Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran dan minat penyelidikan
beliau ialah Pendemokrasian dan Pemikiran Politik. Antara buku tulisan beliau ialah Saga Neokonservatif:
Abdullah Badawi, UMNO dan Konservatisme
(Penerbit UKM, 2014), Projek Pascaetnik: Melayu dalam DAP
(Penerbit UKM, 2018) dan juga buku yang telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019, Bantuan
Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia: Melewati Pertukaran Rejim
(Penerbit Universiti Malaya, 2019).


SUFFIAN MANSOR (PhD) merupakan Pensyarah Kanan di Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran dan minat penyelidikan beliau ialah sejarah
politik Sabah dan Sarawak dan Sejarah China Moden. Antara buku tulisan beliau ialah Tun Perak: Dalam
Pemerintahan dan Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
(Penerbit UKM, 2019), Tema Baru Penulisan
Sejarah
(Penerbit Universiti Malaya, 2012) dan Sejarah China Moden (Penerbit Universiti Malaya, 2009).

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: