Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Penerbitan buku ini adalah sebagai kenangan untuk memperingati ulang tahun kelahiran ke-80 Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Buku ini juga dihasilkan atas kesedaran bahawa perlunya ada kesinambungan dalam penyelidikan bahasa, sastera dan budaya di Malaysia. Kandungan buku ini merupakan kumpulan esei yang disusun dalam 15 bab merangkumi bidang bahasa, sastera dan budaya. Antara penulis berpengalaman yang memberikan sumbangan idea dalam penulisan ialah Hashim Musa, Abdullah Hassan, Awang Sariyan, Teo Kok Seong, Puteri Roslina Abdul Wahid dan Nor Hashimah Jalaluddin. Penulis yang berkaliber yang sering membentangkan kajian mereka turut sama menyumbang dalam buku ini ialah Hasmidar Hassan, Salinah Jaafar, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, Mardian Shah Omar, Norliza Jamaluddin, Radiah Yusoff, Norsofiah Abu Bakar, Nurul Haniza Samsudin, Nur Azimah Bukhari, Siti Nadhirah Abdul Ghani, Solakhiah Januri, dan Samsudin Suhaili. Penulis dari luar negara yang menyumbang ialah Cho Minsung (Korea) dan Dayang Fatimah Awang Chuchu dan Rossaleni Selamat (Brunei Darussalam). Antara aspek yang menarik dalam buku ini ialah falsafah hati dan budi pemerintah Melayu, persoalan metafora dan akal budi Melayu, sorotan kegemilangan warisan Patani, hakikat dan realiti bahasa Melayu sebagai bahasa dunia, peristilahan seni tenun Melayu, data korpus berkomputer, kajian linguistik dari segi fonetik dan sintaksis, persoalan penterjemahan budaya KoreaMelayu dan juga sisi lain dalam kehidupan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim selain dunia bahasa. Buku ini sesuai menjadi bacaan pelajar, pensyarah, pengkaji bahasa dan pencinta bahasa, sastera dan budaya Melayu.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: