Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Satu koleksi maklumat yang komprehensif mengenai pilihan raya demokrasi di
Malaysia. Buku ini menghidangkan panduan yang pelbagai dimensi dan terkini
mengenai pilihan raya di Malaysia kepada setiap pemegang taruh, sama ada
kepada pengundi yang mempunyai peranan besar dalam memilih wakil rakyat
mereka, bakal calon yang bertarung di gelanggang persaingan demokrasi,
ejen-ejen calon, parti-parti politik yang bekerja keras untuk menuai mandat dan
kuasa, para penyokong calon dan parti politik, petugas-petugas pilihan raya dan
sesiapa sahaja yang ada peranan, fungsi dan tanggungjawab dalam proses
pilihan raya serta mereka yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam
tentang sistem dan undang-undang pilihan raya demokrasi Malaysia.
Buku ini memperincikan setiap proses dalam pengurusan pilihan raya yang
secara keseluruhan terdiri daripada lebih 30 peringkat atau fasa tindakan, yang
wajar dihayati oleh setiap pemegang taruh.
Bagi memenuhi hasrat itu, buku ini menghidangkan fakta-fakta yang menarik
beserta dengan kronologi, foto dan ilustrasi nostalgia pilihan raya peringkat
Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri dari tahun 1955 sehingga 2020 –
merangkumi susur galur lebih 70 tahun. Ini termasuklah keputusan penuh Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebagai rujukan bagi menghadapi Pilihan Raya
Umum ke-15. Buku ini dibahagikan kepada 15 bab iaitu huraian mengenai
Kerajaan dan Pilihan Raya, Sistem dan Proses Pilihan Raya, Proses Pilihan Raya,
Undang-undang dan Peraturan, Proses Pilihan Raya, Penamaan Calon, Daftar
Pemilih, Kempen Pilihan Raya, Tempat Mengundi, Pengundian, Pengiraan Undi,
Selesainya Pilihan Raya dan Petisyen Pilihan Raya. Buku ini juga mengupas proses
selepas keputusan pilihan raya diumumkan, termasuk detik-detik menarik
sepanjang lebih dua tahun lalu selepas PRU-14.
Malah, buku ini turut menyenaraikan trivia yang menarik mengenai
tokoh-tokoh yang telah mencorakkan warna-warni landskap pilihan raya
demokrasi Malaysia.
Huraian yang komprehensif dan holistik pastinya akan membantu navigasi
para pembaca dalam memahami, mengetahui dan mendalami setiap proses
yang berkaitan dengan setiap pilihan raya, sama ada pilihan raya umum atau pun
pilihan raya kecil. Politik dan pilihan raya merupakan dua komponen yang tidak
boleh dipisahkan. Maka, setiap maklumat dalam buku ini akan menyuburkan lagi
sistem demokrasi di Malaysia yang semakin dinamik, kompleks dan mencabar.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: