Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian adalah sebuah buku kaedah penyelidikan terkini yang sangat eksklusif untuk bidang sains sosial, khasnya bidang pendidikan. Buku ini dapat menjadi rujukan penting kepada penyelidik dan sarjana yang berusaha mencari ilmu empirikal dan seterusnya menghasilkan laporan ilmiah atau tesis sarjana dan kedoktoran. Penulisan ini ditujukan khas kepada pelajar yang sedang menyiapkan kertas kajian/ kertas projek/ disertasi/ tesis dan seumpamanya di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah sama ada di kolej, Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institusi PengajianTinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).


Buku ini mengandungi empat bahagian: ilmu dan penyelidikan, penyelidikan kuantitatif, penyelidikan kualitatif dan penyelidikan kaedah gabungan (mixed-methods). Bagi setiap kaedah/ kajian kuantitatif, kualitatif dan kaedah gabungan diperincikan lagi melalui
subtopik yang berkaitan seperti; reka bentuk kajian, penulisan proposal kajian, kaedah pengumpulan data, pengurusan data, pengekodan data, populasi dan persampelan, kesahan dan kebolehpercayaan, ujian rintis, kerangka konseptual, teoritikal kajian, analisis statistik, penulisan laporan, dan format penulisan bibliografi mengikut APA (American Psychological Association) style.


Buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudah, tidak terlalu teoritikal dan setiap subtopik ditulis secara terperinci dalam menghuraikan sesuatu fakta serta setiap paragraf mengandungi rujukan-rujukan yang relevan sebagai sandaran fakta yang dibahaskan.
Buku ini juga dapat memandu penyelidik bagaimana mengoperasikan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) mengikut langkah demi langkah dalam penggunaan semua jenis statistik deskriptif dan inferensi. Dijelaskan juga bagaimana cara untuk menginterpretasi dan menganalisis data, dan akhir sekali menjelaskan bagaimana laporan ilmiah dibuat berdasarkan jenis penyelidikan yang digunakan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: