Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini diketengahkan sebagai memenuhi perbahasan dalam bidang
Pentadbiran Sosial dan buat julung kalinya ditulis di dalam Bahasa
Melayu. Tujuan utama penulisan buku ini ialah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar jurusan pentadbiran sosial dan kerja sosial
serta pekerja sosial di Malaysia tentang konsep pentadbiran sosial dan
pengurusan penyampaian perkhidmatan sosial kepada masyarakat.
Walaupun bidang pentadbiran sosial dan kerja sosial sudah lama
bertapak di Malaysia, namun perkembangan dan pembangunannya
kurang diberi perhatian. Oleh itu, penulisan buku ini diharapkan dapat
menyerlahkan lagi perkembangan pendidikan dan praktis pentadbiran
sosial dan kerja sosial di Malaysia seperti yang diharapkan oleh tenaga
pengajar dan pengamal dalam bidang tersebut.
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian utama. Di bahagian awal,
perbincangan menyoroti penjelasan tentang konsep Pentadbiran
Sosial sebagai salah satu strategi utama dalam usaha meningkatkan
kesejahteraan sosial masyarakat melalui pengubahan dasar sosial
kepada perkhidmatan sosial. Bahagian seterusnya pula menjelaskan
secara terperinci tentang penyampaian perkhidmatan sosial juga
cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diperlukan
masyarakat terutamanya golongan rentan yang perlu diberikan
perlindungan serta perhatian seperti kanak-kanak, orang kurang
upaya, bekas banduan dan banyak lagi.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: