Buku “Islam dan Kearifan Tempatan: Integrasi Tradisi dan Agama” merupakan sebuah karya himpunan beberapa bab yang mengkaji pelbagai aspek interaksi antara tradisi Islam dan kebijaksanaan tempatan di dunia Melayu. Setiap bab memperlihatkan sudut pandang unik tentang bagaimana Islam diadaptasi dan berkembang bersama budaya setempat, amalan masyarakat, dan praktis setempat dengan mengekalkan prinsip-prinsip asas agama Islam secara khususnya. Buku ini terdiri daripada 10 bab dengan pelbagai topik yang dibincangkan sesuai dengan tema yang diangkat berkenaan dengan tradisi dan budaya yang dihubungkaitkan dengan agama. Perbincangan yang tidak bersifat tradisional sahaja kerana ada budaya yang sedang berkembang dalam membudaya dalam masyarakat semasa kini khusus dalam kalangan generasi Z. Bahkan ada adat setempat yang bertepatan dengan pemahaman daripada nas al-Quran dan sunnah yang menjadikan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam itu sendiri. Buku ini tidak hanya membincangkan dalam konteks Malaysia sahaja, tetapi turut mengupas beberapa aspek tradisi dan budaya daripada Indonesia dan Brunei Darussalam. Dalam erti kata bahawa perbincangan menggabungkan antara ketiga-tiga negara yang dibincangkan dalam satu tema yang sama. Semoga hasil perbincangan dalam buku ini dapat dimanfaatkan kepada semua masyarakat di Nusantara secara umumnya, khusus di tiga negara utama Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: