Masyarakat sivil merupakan kerangka yang dibentuk oleh tradisi politik Barat. Justeru, pentakrifan dan pengoperasiannya cenderung digunakan dalam konteks dan maksud yang sehala dan mesra demokrasi liberal. Malah, ia dihujahkan telah diadaptasi secara bebas ke negara-negara yang mempunyai tingkat dan kefahaman demokrasi yang berbeza. Realitinya, masyarakat sivil tidak harus disinonimkan sebagai unsur pendemokrasian yang benar-benar kudus. Kecenderungan untuk memperbesar-besarkan sisi positif masyarakat sivil telah mendorong pembentukan satu lagi wacana yang berat sebelah iaitu “masyarakat tidak sivil”. Wacana ini merupakan satu lagi cubaan untuk mengasingkan apa yang didakwa gerakan yang tidak kondusif kepada semangat demokrasi. Dengan mengambil kajian kes Malaysia dan Filipina, buku ini menghujahkan bahawa “masyarakat sivil” yang sering dianggap sebagai savior civil society boleh bertukar menjadi “masyarakat tidak sivil” kerana memperdalamkan perpecahan masyarakat yang telah terinstitusi kuat. Pentakrifan “masyarakat tidak sivil” juga telah dibangunkan secara sempit dan eksklusif terhadap segmen tertentu dan mengesampingkan hakikat yang masyarakat sivil mempunyai sisi kebejatan tersendiri dan tidak semestinya mempunyai kejelasan moral yang lebih unggul. Realitinya, elemen yang sering dilihat sebagai “masyarakat tidak sivil” turut mewakili suara rakyat terbanyak dan menyumbang kepada pendemokrasian.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: