Pink Agent: Kisah Benar Perjuangan Pesakit Kanser Payudara menghimpunkan kisah sebelas wanita tabah yang berkongsi perjalanan peribadi mereka mengharungi perjuangan melawan kanser payudara. Dengan sokongan padu daripada pasukan perubatan berdedikasi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, mereka membuktikan bahawa cabaran menghadapi kanser payudara boleh diatasi dengan keyakinan, semangat juang, dan bantuan teknologi rawatan moden.
Buku ini merupakan rujukan yang amat bermakna bagi sesiapa yang terkesan dengan kanser payudara. Ia menampilkan pendekatan pelbagai disiplin dalam pengurusan penyakit ini, termasuk panduan perubatan, pilihan rawatan berasaskan bukti, serta nasihat pemakanan yang menepati cita rasa dan gaya hidup rakyat Malaysia. Turut disertakan bab khas yang mengetengahkan peranan senaman sebagai penawar bagi pesakit kanser payudara, serta kepentingan fisioterapi dalam menyokong proses pemulihan mereka.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below:



