Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Seni Mengurus Bilik Darjah: Strategi dan Inspirasi terhasil daripada gabungan pengalaman berada di sekolah dan universiti. Buku ini sebagai satu nukilan hasil yang boleh memberi percambahan minda kepada pelajar-pelajar dalam bidang pendidikan sama ada yang sedang berada di  universiti mahupun kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di dalam sektor Pendidikan. Buku ini dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran dan keberkesanan amalan guru ketika mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Setiap bab dalam buku ini menjelaskan tentang amalan dan panduan guru dalam merancang pengajaran yang berkesan agar murid-murid berasa gembira dan mendapat pengetahuan secara ilmiah setiap hari dengan kepelbagaian perancangan yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Buku ini juga memberi ruang kepada guru untuk merancang setiap pengajaran dengan menggunakan pelbagai teknik, kaedah dan strategi bagi setiap pengajaran yang akan dilaksanakan. Buku ini juga memaparkan isu-isu pentaksiran yang memberi ruang untuk pembaca agar memahami keadaan semasa yang memerlukan guru bertindak lebih agresif dalam melaksanakan tanggungjawab. Menguruskan murid, merancang pengajaran dan membuat pentaksiran bukan suatu yang mudah lebih-lebih lagi murid-murid sekarang banyak terdedah dalam percambahan ilmu secara maya. Justeru, buku ini diharapkan dapat memberi ruang kepada pembaca agar dapat mencetuskan idea terbaik sepanjang menjadi pendidik, selain merancang pengajaran dan  pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: