Buku ini membincangkan undang-undang pekerjaan di Malaysia yang merupakan satu daripada Undang-undang Buruh yang mentadbir perhubungan majikan dan pekerja. Fokus undang-undang pekerjaan ialah kepada perhubungan majikan dengan pekerjanya.
Penulisan buku ini memberi tumpuan kepada 4 bahagian yang merangkumi 14 bab. Bahagian I buku ini bertajuk ‘Kontrak Pekerjaan, Terma dan Syarat dan Penguatkuasaan di bawah Akta Kerja1955, Ordinan Buruh Sabah, Ordinan Buruh Sarawak dan Commonlaw’, mengandungi 6 bab yang membincangkan topik-topik seperti kontrak pekerjaan, sumber terma dan terma tersirat, terma nyata, gangguan seksual di tempat kerja, penguatkuasaan dan hukuman serta peruntukan berkaitan dengan pekerja kanak-kanak dan orang muda. Bahagian II buku ini memberi fokus kepada penamatan, pemecatan dan remedi. Bahagian ini mengandungi 3 bab yang membincangkan jenis-jenis penamatan, faedah-faedah yang berhak diterima oleh pekerja serta remedi-remedi yang tersedia kepada pekerja yang kehilangan pekerjaannya. Bahagian III pula membincangkan sistem bekerja yang selamat dan perlindungan daripada kecederaan pekerjaan di bawah kontrak pekerjaan. Perbincangan tertumpu kepada kedudukan di bawah Commonlaw dan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Sementara Bahagian IV merupakan bahagian yang membincangkan tentang system keselamatan sosial pekerja, merangkumi perbincangan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Kumpulan Simpanan Wang Pekerja 1991.
Dr Siti Zaharah Jamaluddin merupakan mantan pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya antara tahun 1993 -2018. Bidang pengkhususan beliau merangkumi Undang-undang Buruh, Undang-undang Keluarga, Undang-undang Jenayah, Metodologi Penyelidikan dan Penulisan Undang-undang. Pada masa ini fokus penyelidikan beliau tertumpu kepada isu-isu perundangan yang melibatkan warga emas di Malaysia.
Dr Siti Zaharah Jamaluddin merupakan mantan pensyarah di Fakulti Undang-undang Universiti Malaysia antara tahun 1993 -2018. Bidang pengkhususan beliau merangkumi Undang-undang Buruh, undang-undang Keluarga, Undang-undang Jenayah, Metodologi Penyelidikan dan Penulisan Undang-undang. Pada masa ini fokus penyelidikan beliau tertumpu kepada isu-isu perundangan yang melibatkan warga emas di Malaysia.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below:



